P.Ramlee - Filem 'Antara Dua Darjat'.
Filem ini telah diterbitkan oleh Malay Film Productions dan diedarkan oleh
Show Brothers Limited. Ianya dikeluarkan pada 28 Mei 1960. Selain P.Ramlee
dan Saadiah, turut menjayakan filem ini ialah S.Kadarisman, S.Shamsuddin,
Ahmad Nesfu, Yusuf Latif, Kuswadinata dan beberapa orang pelakon tambahan.
Ceritanya oleh Omar Rojik dan dialog serta arahan oleh P.Ramlee.
Bermula disuatu petang. Ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Ghazali
(P.Ramlee) dan sahabat-sahabatnya sedang berlatih bermain muzik. Tiba-tiba
datang seorang lelaki.
Lelaki itu meminta pertolongan daripada Ghazali dan sahabat-sahabat untuk
menolak kereta tuannya yang tersangkut di dalam hujan. Tanpa bersoal panjang
Ghazali dan rakan-rakannya ke tempat kejadian.
Semasa menolak kereta, mata Ghazali terpandang Tengku Zaleha (Saadiah). Terpana
dengan keayuannya, Ghazali lebih bersemangat apabila Tengku Zaleha turun bersama-sama
untuk menolak kereta.
Setelah berjaya, Tengku Zaleha pulang ke rumah. Di sana Tengku Karim (Ahmad Nesfu)
memarahi Tengku Zaleha. Ini kerana Tengku Karim adalah seorang yang mementingkan darjat
dan keturunan. Baginya seseorang itu tidak layak untuk bergaul dengannya jika taraf
tidak sedarjat.
Ghazali dan sahabat diundang ke rumah Tengku Karim untuk bermain muzik sempena hari jadi
Tengku Zaleha. Mereka saling berpandangan. Ghazali meluah rasa melalui nyanyiannya.
Bunga cinta yang mula berputik nampaknya mula melayu. Ini kerana Tengku Karim menghalang
Tengku Zaleha untuk keluar dari rumah. Tengku Zaleha meminta supaya dia boleh belajar
bermain piano. Tengku Karim bersetuju.
Guru piano dicari. Demi menjimatkan wang, Ghazali telah disuruh untuk mengajar Tengku Zaleha
bermain piano. Berita ini disambut gembira oleh Tengku Zaleha.
Pada mulanya Ghazali mengajar Tengku Zaleha dengan tekun. Namun akhirnya hati dan perasaan
tidak dapat dibendung lagi. Mereka telah melanjutkan kisah cinta yang berputik suatu ketika
dulu. Hari demi hari mereka bermadu asmara. Ikatan mereka semakin intim.
Ibarat irama dan lagu, tak dapat dipisahkan.
Jika dipisahkan, pincanglah lagu, rosaklah seni.
Perbuatan mereka ini tidak dapat disembunyikan lagi di pengetahuan Tengku Karim. Tengku Karim
telah mengarahkan orang untuk memukul Ghazali semasa mereka sedang bercerekarama. Ghazali
dikerjakan teruk dan Tengku Zaleha diasingkan.
Hal ini telah diketahui oleh orang kampung. Tanpa perlu menunggu, mereka mencari Ghazali.
Ghazali ditemui dalam kecederaan. Orang kampung ke rumah Tengku Karim untuk mendapatkan
menuntut bela.
Setibanya mereka di rumah Tengku Karim, mereka melihat jasad Tengku Zaleha diusung keluar.
Tengku Karim menyatakan Tengku Zaleha sudah mati. Tetapi ianya adalah helah untuk mengaburi
mata orang kampung.
Ghazali tinggal denga hati yang hampa dan berkelakuan seperti orang gila .namun hati keciknya
masih percaya yang Tengku Zaleha masih hidup.
Anggerik Villa kosong setelah kejadian itu. Namun begitu, villa itu kembali didiami. Pada
suatu malam Ghazali telah ke villa itu untuk mendapatkan kepastian. Nyata Ghazali telah
melihat Tengku Zaleha.
Setelah pulang, Ghazali menceritakan apa yang telah dilihatnya. Kemudian adik sepupunya Sudin
(S.Shamsudin) pula menceritakan apa pula yang mereka tempuhi demi menyangkal sangkaan Ghazali
yang menyatakan Tengku Zaleha masih hidup.
Pada suatu hari Ghazali telah dipanggil ke Anggerik Villa untuk membaiki piano. Kesempatan ini
telah pun diambil. Setelah berada di sana, Ghazali tidak dapat memastikan wanita itu Tengku Zaleha
sekali sudah bertentang mata. Dia melakukan tugasnya, setelah selesai wanita itu memainkan lagu
Getaran Jiwa gubahan khas daripada Ghazali untuk Tengku Zaleha. Ghazali tidak percaya kemudian
berlalu pergi.
Untuk mencari ketenangan, Ghazali pergi ke tempat yang selalu dilawati suatu ketika dulu bersama-sama
Tengku Zaleha. Ghazali dikejutkan dengan kedatangan Tengku Zaleha. Tengku Zaleha cuba menyakinkan
Ghazali. Setelah itu, Tengku Zaleha menceritakan apa sebenarnya yang terjadi.
Setelah dipisahkan Ghazali dan Tengku Zaleha, Tengku Karim telah membawa mereka sekeluarga ke
Singapura. Di sana satu konflik berlaku di mana abang tirinya Tengku Husin (Kuswadinata)
menghina ibunya sebagai perempuan kaberet. Apa yang terjadi seterunya, ibu Tengku Zaleha
mati dibunuh oleh Tengku Husin.
Walaupun sudah bernikah, mereka masih lagi berlaku asing. Biarpun sudah 3 bulan berlalu. Dan
kedatangannya ke Anggerik Villa adalah untuk menemui semula kekasih hatinya, iaitu Ghazali.
Kedatangan Tengku Zaleha ke Anggerik Villa ditemani oleh suaminya Tengku Mukris dan Tengku Aziz
(Yusof Latiff) sahabat suaminya. Tengku Aziz merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Dia telah ke rumah Ghazali untuk mendapatkan maklumat secara rahsia. Sudin mencerikan apa yang
terjadi kepada Ghazali.
Apa pun perbuatan Tengku Zaleha akhirnya dapat dihidu oleh Tengku Mukris. Ini terjadi apabila
Tengku Azizi menasihatinya untuk beralah. Tengku Mukris tidak bersetuju dan mahu menghantar
Tengku Aziz pulang.
Dalam perjalanan, Tengku Aziz dikhianati dengan dilanggar dan ditembak oleh Tengku Mukris.
Tengku Mukris pulang ke rumah untuk mengambil senapangnya. Tengku Zaleha yang melihat kelakuan
suaminya itu bertanyakan tujuannya. Tanpa berbicara panjang Tengku Mukris memberitahu Tengku
Zaleha yang dia mahu membunuh Tengku Ghazali. Tengku Zaleha merayu kepada suaminya dan rayuannya
itu hanya sia-sia.
Tengku Mukris ke rumah Ghazali. Perhitungan bermula dengan Ghazali ditembak. Perkelahian terjadi.
Tengku Aziz telah menyelamatkan keadaan. Tengku Mukris ditembak mati olehnya. Tengku Aziz juga
telah menyatukan Tengku Zaleha dan Ghazali.
Akhrnya cinta yang disemai oleh Tengku Zaleha dan Ghazali dengan kesucian dan keikhlasan hati terus
dipupuk dengan subur dan kekal abadi. Sayang dan kasih sememangnya tidak boleh dipisahkan. Selama
mana ada jodoh, percayalah, pasti bersatu juga akhirnya. [TAMAT]
Kembali Ke P.Ramlee - Filem...
Kembali Ke P.Ramlee - Lagenda Sepanjang Zaman
|