Make your own free website on Tripod.com

P.Ramlee - Filem 'Labu Labi'.

Filem ini telah dikeluarkan pada 29 Ogos 1962 oleh Show Brothers Limited dan dibuat oleh Malay Film Productions Limited. Turut bersama untuk menjayakan filem ini ialah Mariani, Shariff Dol, Udo Umar, Rahmah Alias, Nyong Abdullah, Babjan. Pelakon utamanya pula ialah P.Ramlee dan M.Zain.

Kisah bermula Haji Bakhil bin Kedekut merupakan hartawan yang memang terkenal dengan kemasinan tahi hidungnya. Tinggal di sebuah rumah yang serdahana bersama-saman dengan isteri dan anak tunggalnya serta 2 orang gajiannya.

Isterinya amat bersyukur kerana hidupnya segala-galanya mencukupi. Anaknya pula, Manisah terpaksa bekerja untuk mencari yangnnya sendiri.

Kisah orang gajiannya pula, Labu (M.Zain) dan Labi (P.Ramlee). Mereka selalu lalai dalam menjalankan pekerjaan rutin mereka dan selalu didenda. Sungguh pun begitu, kedua-duanya tidak mahu berhenti kerja kerana mempunyai niat yang sama. Iaitu memikat Manisah.

Inilah punca kenapa mereka tidak kisah sedangkan hak asasi mereka tergugat dengan terpaksa tidur di beranda rumah. Sebelum mereka tidur, mereka bertukar-tukar impian sesama sendiri. Labi bermimpi menjadi majestrit, Labu pula menjadi doktor. Apabila Labu bermimpi menjadi Tarzan Malaya, Labi pula bermimpi menjadi harimau educated. Sudahnya mereka bermimpi menjadi cowboy sambil berbalas-balas tembakan. Nasib mereka dimarahi kerana mengganggu ketenteraman Haji Bakhil.

Nasib menyebelahi Labu. Ketika mencari kayu api, dia menemui satu lubang bawah tanah yang terkandung di dalamnya banyak wang dan harta. Itulah yang menyebakan Labu menjadi kaya raya sekelip mata. Sedangkan di rumah, Labi meratapi ketidak pulangan Labu.

Setelah itu, Labu meneruskan niatnya untuk memperisterikan Manisah. Orang suruhan dihantar untuk meminang tetapi malangnya pinangan Labu ditolak sebulat-bulatnya oleh Haji Bakhil.

Cari baik tak jalan, cara halus menjadi kenyataan. Bomoh dicari, gambar dijampi dan Manisah akhirnya disangka mati. Berpuluhan doktor dan bomoh bergelut ilmu mencari jalan mengubati. Tetapi semuanya sia-sia.

Dalam senyap-senyap Labi telah pergi mencari seorang pendita untuk meminta pertolongan. Setelah Labi melakukan apa yang disuruh, Manisah pun sedar. Bagi membalas jasa Labi, Haji Bakhil telah bersetuju dengan permintaan Labi yang mahu memperisterikan Manisah.

Berita yang duka ini telah sampai ke telinga Labu. Labu tidak pernah berputus asa. Dendam perlu dilunaskan. Bomoh menunjukkan jalan. Sampai di rumah Haji Bakhil dia telah melakukan apa yang dipesan oleh Bomoh itu tadi.

Semua orang tertidur, kecuali Labi. Labu dengan penuh kenyakian yang tinggi memasuki ke dalam rumah. Labi pula dah bersiap sedia. Kemudian mereka bergaduh. Pergaduhan yang berlaku demi menyelamatkan maruah. Perbuatan mereka ini tidak dapat dimaafkan lagi, Haji Bakhil telah mencurahkan air ke atas mereka. Sekarang barulah mereka sedar yang sebenarnya mereka sedang bermimpi.

Tidak salah mempunyai cita-cita dan angan-angan. Untuk menjadikannya memerlukan usaha. Jangan mudah putus asa. [TAMAT]



Kembali Ke P.Ramlee - Filem...

Kembali Ke P.Ramlee - Lagenda Sepanjang Zaman