Make your own free website on Tripod.com

P.Ramlee - Lagu

P.Ramlee hanya hadir ke sekolah sebanyak 10 hari dalam sebulan. Selebih hari-harinya banyak dihabiskan dengan ke sana ke mari mengikut pasukan pancaragam.

Sejak kecil lagi P.Ramlee memang berminat bermain muzik. Tidak hairanlah jika banyak masa dihabiskan di rumah Tuan Kamaruddin untuk belajar bermain gitar dan biola.

P.Ramlee juga menjadi penyusun lagu-lagu pancaragam bernama Mustika. Ketika itu P.Ramlee mula mencipta lagu seperti Azizah, Baidah, Abang Dollah, Mee Jawa, Joget Melayu, Malam Thaipusam, dan Padang Kota.

P.Ramlee menyertai pertandingan menyanyi di Radio Malaya, Pulau Pinang kali pertama pada 1945. Tempat ke-4 pada tahun itu dan melonjak ke tempat ke 2 untuk tahun berikutnya. Menjadi juara penyanyi untuk Utara Malaya anjuran Radio Malaya.

Kemudian bakat P.Ramlee berkembang setelah beliau berhijrah ke Singapura. Lagu-agu ciptaannya banyak dimuatkan dalam filem-filem Malay Film Productions di Singapura dan Merdeka Film Productions di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1951, lagu-lagu P.Ramlee mula direkodkan di dalam piring hitam. Kebanyakan lagu adalah dari filem-filem lakonannya. Banyak pengalaman yang ditempuhinya dalam usahanya merakam lagu.

Lagu-lagu P.Ramlee tidak bosan kita mendengarnya, bahkan indah kedengaran ditelinga kita. Pembawaan suaranya menggema merdu, lagu-lagunya membawa irama manis. Menjadi nyanyian dan siulan umum. Terkenalnya lagu-lagu itu bertambah terpuja nama P.Ramlee sebagai bintang filem dan sebagai biduan.

Menurut P.Ramlee, mencipta lagu adalah bergantung kepada jiwa penciptanya. Jika pencipta sesuatu lagu itu sedang dirundung duka, maka lagu yang terhasil dia tidak dapat melahirkan satu lagu yang berirama gembira. Jika pencipta lagu itu sedang bergembira, dia tidak dapat menggambarkan bagaimana tekanan jiwa yang duka.

P.Ramlee juga menekankan penciptaan lagu bukanlah paksaan. Tetapi bergantung kepada ilham yang datang. Kesinambungan antara irama dan lagu perlu. Banyak proses yang perlu dubuat untuk menghasilkan sesebuah lagu. Itulah dapur seorang ahli musik yang menyiapkan resepi dan bumbunya untuk hidangan umum.

Untuk mendengar lagu dendangan P.Ramlee dan menghayati lirik lagu berkenaan, di sini adalah sebahagaian daripada koleksi-koleksi yang telah berjaya dikumpulkan.

Berikut adalah lagu yang pernah dicipta, digubah ataupun dinyanyikan oleh P.Ramlee yang setakat ini yang telah diketahui. Atau dengan kata lain, lagu yang pernah direkodkan.

  • Aci Aci Buka Pintu
  • Aduh Sayang
  • Aduhai Sayang
  • Ahmad Albab
  • Ai Ai Twist
  • Aku Bermimpi
  • Aku Debuk
  • Aku Menangis
  • Aku Tak Berdaya
  • Aku Terpesona
  • Ala Payong
  • Alam
  • Alam Di Tiup Bayu
  • Alam Maya
  • Alangkah Indah Di Waktu Pagi
  • Alhamdulillah
  • Ali Baba Rock
  • Alunan Biola
  • Anak-Ku Sazali
  • Aneka Ragam
  • Angin Malam
  • Apa Guna Berjanji
  • Apabila Kau Tersenyum
  • Apek Dan Marjina
  • Asmara Bergelora
  • Asmara Datang Bersama Sang Bulan
  • Asmara Murni
  • Assalamualaikum
  • Awan Mendung Telah Tiba
  • Awas-awas Jangan Tertawan
  • Ayam Ayam
  • Ayer Mata
  • Ayer Mata Di Kuala Lumpur
  • Azizah
  • Bahagia
  • Bahtera Karam
  • Baidah
  • Barang Yang Lepas Jangan Di Kenang
  • Bawah Rumpunan Bambu
  • Bayangan Wajahmu
  • Beginilah Nasib
  • Belantara
  • Berdendang Ria
  • Berhati Lara
  • Berkorban Apa Saja
  • Bermandi-manda
  • Berpedati
  • Bersama
  • Bertamasha
  • Betapa Riangnya
  • Biarlah Aku Pergi
  • Bila
  • Bila Mama Pakai Chelana
  • Bila Tiba Masa
  • Bintang Hati
  • Bintang Sore
  • Bubor Sagu
  • Budi Dibawa Mati
  • Bujang Merempat
  • Bulan Dan Juga Angin
  • Bulan Jatuh Ke Riba
  • Bulan Mengambang
  • Bumiku Ini
  • Bunga Mekar
  • Bunga Melor
  • Bunyi Gitar
  • Burung Pungok
  • Chemara Jingga
  • Chemburu
  • Chinta
  • Chinta Abadi
  • Choraknya Dunia
  • Cik Cik Keboom
  • Dalam Air Terbayang Wajah
  • Dari Hati Ke Hati
  • Dari Masa Hingga Masa
  • Debaran Jiwa
  • Dendang Perantau
  • Dengar Ini Cherita
  • Dengarlah Kemala Hati
  • Dengarlah Rayuanku
  • Dengarlah Sang Ombak Berdesir
  • Derita
  • Dewi Ilhamku
  • Dewi Puspitaku
  • Di Bibir Mu Terlukis Kata
  • Di Mana Kan Ku Chari Ganti
  • Di Mana Suara Burong Kenari
  • Di Pinggiran
  • Di Pulau
  • Dia Dan Aku
  • Di Renjis-renjis Di Pilis
  • Di Telan Pahit Di Buang Sayang
  • Do Re Mi
  • Duka Berganti Suka
  • Dunia Hanya Pinjaman
  • Dunia Ini Hanya Palsu
  • Embun Menitik
  • Engkau Laksana Bulan
  • Enjit Enjit Semut
  • Entah Di Mana
  • Gadis Dan Terona
  • Gambus Jodoh
  • Gara Asmara
  • Gelang Suasa
  • Gelora
  • Gelora Asmara
  • Gelora Jiwa
  • Gerimis
  • Getaran Jiwa
  • Gitar Berbunyi
  • Gunung Payong
  • Hamidah
  • Hancur Badan Kandung Tanah
  • Hanya Angan Angan
  • Hanya Dikau
  • Harapan Bonda
  • Harapan Jiwa
  • Hari Feista
  • Hati Gelisah
  • Hati Muda
  • Hidup Berdua
  • Hidup Melarat
  • Hilang Terang Timbul Gelap
  • Hoi Hoi Yahoi
  • Hore-hore
  • Hujan Di Tengah Hari
  • Ibu
  • Ilham Tiba
  • Impian Kalbu
  • Inang Baru
  • Indahnya Sang Suria
  • Ingin Tahu
  • Inikah Suratan Hidup
  • Intan Menjadi Kacha
  • Irama Lagu
  • Istana Chinta
  • Isteri Yang Di Rindu
  • Itulah Sayang
  • Jangan Adek Angan Angan
  • Jangan Chemburu
  • Jangan Masam Muka
  • Jangan Tinggal Daku
  • Jari-jariku Sakit Semua
  • Jasa Perwira
  • Jeritan Batinku
  • Jikalau Abang Merindu
  • Jikalau Ku Tahu
  • Jodoh Ta' Ke Mana
  • Joget Istana
  • Joget Malaysia
  • Joget Pong Ketipang Pong
  • Joget Pura Chendana
  • Joget Si Pinang Muda
  • Joget Tari Lenggang
  • Juwita
  • Juwitaku Sayang
  • Kachang Goreng
  • Kalau Kacha Menjadi Intan
  • Kampung Nelayan
  • Kasihnya Ibu
  • Kata Dari Kalbu
  • Kau Turun Dari Kayangan
  • Kejamnya Manusia
  • Kelasi
  • Kelohanku
  • Kelohan Saloma
  • Keluarga 69
  • Kembara
  • Kenangan Abadi
  • Kenek Kenek Udang
  • Kerana Budi
  • Keronchong Kuala Lumpur
  • Ketipang Payong
  • Kesah Rumah Tangga
  • Kesah Mahjong
  • Kita Berdayung
  • Kolam Mandi
  • Ku Jejak Bekas Kakimu
  • Ku Kehilangan Kanda
  • Ku Kejar Bayangan
  • Ku Rela Ampun
  • Ku Rindu Padamu
  • Kumbang Dan Rama-rama
  • Kumbang Dengan Bunga
  • Kwek Mambo
  • Lagu Anak Rantau
  • Lama Aku Merana
  • Lanang Tunang Tak Jadi
  • Larut Malam
  • Lenggang Kangkong Baru
  • Maafkan Kami
  • Mabok Kepayang
  • Madahku
  • Madu Tiga
  • Makan Sireh Di Semerah Padi
  • Malam Bulan Di Pagar Bintang
  • Malam Ini Kita Berpisah
  • Malam Ku Bermimpi
  • Malam Minggu
  • Malam Tak Berguna
  • Manusia
  • Manusia Miskin Kaya
  • Mari Menari
  • Mari Panching Ikan
  • Masa Yang Bahagia
  • Mastura
  • Melodi Asmara
  • Melaka
  • Memikat Hati
  • Menceceh Bujang Lapok
  • Mengapa
  • Mengapa Abang Merajok
  • Mengapa Bintang Sembunyi
  • Mengapa Derita
  • Mengapa Membisu
  • Mengapa Pilu Saja
  • Mengapa Riang Ria
  • Mengapa Tak Berkawan
  • Mengapakah Laguku
  • Merak Kayangan
  • Merana
  • Merayu Asmara
  • Merayu Hati
  • Merpati Dua Sejoli
  • Mesra Ibu
  • Mutiara Permai
  • Nak Dara Rindu
  • Nasi Goreng
  • Nasib
  • Nasib Diriku
  • Nasib Malang
  • Nasib Si Miskin
  • Nasibnya Manusia
  • Nenek Nenek
  • Nilai Bangsa
  • Nujum Pa' Belalang
  • Nyanyian Asmara
  • Obat
  • Oh Bulan
  • Oh Manisku
  • Pabila Malam Tiba
  • Padang Kota
  • Panah Asmara
  • Panca Delima Hilang
  • Pantai Gurauan
  • Patah Tumbuh Hilang Berganti
  • Pelangi Hati
  • Penawar Hati
  • Penghidupan Baru
  • Permata Bonda
  • Perwira
  • Pesta Muda Mudi
  • Pok Pok Bujang Lapok
  • Pujaanku, Pujaanmu
  • Pukul Tiga Pagi
  • Puteri Bersiram
  • Putus Harapan
  • Putus Kaseh Di Semerah Padi
  • Putus Sudah Kaseh Sayang
  • Qadzaan Tuhan
  • Raga Musnah
  • Rambang Petang
  • Rantai Terlepas
  • Rantau Selamat
  • Rasam Dunia (Resam Rindu)
  • Rela Hamba Rela
  • Rindu Asmara
  • Rindu Hatiku Rindu
  • Rindu Hatiku Tidak Terkira
  • Rintihan Di Jiwaku
  • Rukun Islam
  • Saat Yang Bahagia
  • Sabar
  • Sabaruddin Tukang Kasut
  • Saling Kaseh
  • Sam Pek Eng Tai
  • Sampah Hanyut Terapong
  • Sang Rang Bulan
  • Sapu Tangan Tanda Kaseh
  • Satay
  • Saya Suka Berkawan (Gelora Chinta)
  • Sayu Pilu Kalbu Merana
  • Sejoli
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
  • Sejak Ku Bertemu Pada Mu
  • Sekapur Sireh Seulas Pinang
  • Seksa
  • Sekuntum Mawar
  • Selamat Berbahagia Wahai Kekaseh
  • Selamat Berjumpa Lagi
  • Selamat Hari Raya
  • Selamat Panjang Umur
  • Selamat Pengantin Baru
  • Semarak Hati
  • Semenjak Mata Bertentang
  • Semerah Padi
  • Senandung Kaseh
  • Senandung Malam
  • Senjakala
  • Senyap Dan Sunyi
  • Sepanjang Riwayatku
  • Seri Bulan
  • Seri Bunian
  • Seribu Satu Malam
  • Sesudah Suboh
  • Si Burung Pungok
  • Siapa Kanda
  • Sikit Kasi Banyak Minta
  • Simpulan Kaseh
  • Sindir Oh Sindir
  • Sua Sue Kemuning
  • Suara Takbir
  • Sukma Rindu
  • Sungguh Malangnya Nasibku
  • Sunyi Dan Senyap
  • Surat Chinta
  • Suria
  • Tak Guna
  • Tak Puas Mata Memandang
  • Tak Sabar Menanti
  • Tak Seindah Bunga
  • Taman Asmara
  • Taman Firdausi
  • Taman Puspawarna
  • Tangkap Ikan
  • Tari Panglima
  • Tari Silat Melayu
  • Tari Tualang Tiga
  • Tasek Madu
  • Telaga Hati
  • Temukanlah
  • Terbang Burung Terbang
  • Terbuku Di Kalbu
  • Terima Kaseh Banyak-banyak
  • Teruskan Lah
  • Tiada Kata Sechantek Bahasa
  • Tidurku Di Rumput Yang Basah
  • Tidurlah Pemaisuri
  • Tidurlah Wahai Sayang
  • Tiga Abdul
  • Tiga Sahabat
  • Timang Timang Anak
  • Ting Tara Tilala
  • Tinggal Impian
  • Tiru Macham Saya
  • Tolong Kami
  • Tudung Periuk
  • Tunggu Sekejap
  • Twist Malaysia
  • Ubat
  • Uda Dan Dara
  • Udara Nyaman
  • Ya Habibi Ali Baba
  • Yang Mana Satu Idaman Kalbu
  • Zapin Budaya
  • Zapin Malaysia
  • Zuraidah


Kembali Ke P.Ramlee - Lagenda Sepanjang Zaman