Make your own free website on Tripod.com

P.Ramlee - Filem 'Pendekar Bujang Lapok'.

Dikeluarkan pada 21 Mac 1959 oleh Shaw Brothers Limited. Filem ini telah dibuat oleh Malay Film Productions Limited. Membintangi filem komedi ini ialah P.Ramlee, Aziz Sattar, S.Shamsuddin, Mustarjo, Ahmad Nesfu, Momo dan penampilan baru Rosyatimah. Teraju utama adalah P.Ramlee.

Filem ini memaparkan kisah kehidupan 3 orang kawan karib iaitu Ramlee, Aziz dan Sudin. Semasa sedang menunggu perahu di jeti, mereka tertarik denga cara seroang pendekar yang dapat menangani kesamsengan samseng-samseng Nesfu, tuan empunya jeti. Pendekar yang dimaksudkan itu ialah pendekar Mustar.

Setelah itu mereka membuat keputusan untuk menuntut ilmu dengan pendekar tersebut. Setelah pendekar itu beredar, Bujang Lapok itu pun membuat kecoh. Habis semua orang di jeti terlibat dalam perkelahian.

Dalam keharu biruan itu, mereka berjaya melarikan diri dengan menaiki sampan yang tiba di jeti. Kemudian Bujang Lapok memulakan pencarian Kampung Pinang sebatang. Kampong yang disebut oleh pendekar Mustar.

Semasa mencari kampung tersebut, mereke ternampak sekolah. Oleh kerana mereka sendiri pun tidak pernah bersekolah, Sudin menyatakan itu adalah sarkis. Kemudian mereka lihat orang keluar daripada sarkis (sekolah). Terlihat seorang wanita yang cantik. "Kita kejar aaa..." Kejar punya kejar, sekali dia masuk rumah pendekar Mustar da... Rupanya wanita itu adalah Rosnah, anak kepada pendekar Mustar.

Hajat Bujang Lapok bertiga tercapai untuk mencari pendekar tersebut. Lalu terus menyatkan hasrat mereka. Pendekar Mustar bersetuju. Melihat situasi itu, Rosnah tidak bersetuju dengan ayahnya

Bujang Lapok dijemput dan dilayan sebagai tetamu. Kemudiannya mereka menceritakan latar belakang. Selepas itu mereka berbual-bual tentang kejadian di jeti siang tadi.

Walau bagaimanapun mereka amat terasa dengan tindak tanduk Rosnah. Akhirnya mereka menyanyikan lagu. "Wahai che adik, tidakkah kasihan? Sedangkan nabi ampunkan umat." Terpana dengan nyanyian mereka, akhirnya Rosnah memaafkan si Bujang Lapok.

Keesokkan apabila hendak memulakan pengajian, mereka terpaksa belajar isim dulu. Tapi alamak, terkantoilah pulak. Masing-masing tidak tahu menulis dan disuruh pendekar Mustar pergi ke sekolah. Menambahkan lagi kekantoian, di sekolah mereka terpaksa belajar dengan Cigku Rosnah.

Pada sebelah malamnya pula, mereka mula belajar pencak. Langkah demi langkah diajar. Tetapi seorang demi seorang terkoyak seluar. Rosnah pula menjadi mangsa untuk menjahit seluar.

Kemudian sedang mereka belajar pencak, Nesfu dan samseng-samsengnya dating ke rumah pendekar Mustar untuk menuntut ganti rugi. Dengan mudah mereka dihalau.

Setelah menuntut, mereka perlu diuji dengan bertapa. Macam-macam ragam yang mereka tempuhi. Tetapi gagal untuk mengatasi ujian tersebut. Mereka disuruh sekali lagi bertapa. Tetapi kali ini bertiga.

Semasa mereka bertapa, samseng-samseng Nesfu mengambil kesempatan untuk menculik Rosnah. Samseng-samseng itu tadi melalui tempat pertapaan Bujang Lapok. Mereka nampak Rosnah dilarikan. Namun begitu mereka menganggapkan ia adalah 'cobaan'.

Kemudian pendekar Mustar datang meminta bantuan. Itu pun mereka anggap 'cobaan'. Tiba pula isteri pendekar Mustar, barulah dapat memperbaiki keadaan.

Bujang Lapok memulakan langkah. Satu persatu tumbang ditangan mereka. Akhirnya Rosnah dapat diselamatkan. Mereka pun pulang ke rumah.

Ilmu yang baik adalah ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain. [TAMAT]



Kembali Ke P.Ramlee - Filem...

Kembali Ke P.Ramlee - Lagenda Sepanjang Zaman